JABATAN PERDAGANGAN
SESI JUN 14
NAMA PENSYARAH: ENCIK SYUKRI
NAMA AHLI: SHARIFAH SYUHAIDAH BINTI SYED ZAMANIL FARID (08DPI14F1044)
:NUR IZZATI BINTI ABD RAHMAN(08DPI14F1029)
:NUR ALIA SORAYA BINTI BURHANUDDIN(08DPI14F1037)
:AINNA SHAHIRA BINTI MOHD AKHIR(08DPI14F1046)
PENDAHULUAN
NAMA AHLI: SHARIFAH SYUHAIDAH BINTI SYED ZAMANIL FARID (08DPI14F1044)
:NUR IZZATI BINTI ABD RAHMAN(08DPI14F1029)
:NUR ALIA SORAYA BINTI BURHANUDDIN(08DPI14F1037)
:AINNA SHAHIRA BINTI MOHD AKHIR(08DPI14F1046)
PENDAHULUAN
Kerajaan kolonial Inggeris mentadbir penduduk
Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem
`Pecah dan Perintah’(Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah
yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera dan memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan memisahkan
mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan
mengekalkan identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan
berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera.Mereka diberi kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan
aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera disisih dari corak kegiatan
ekonomi komersial. Walaupun tidak ditindas
secara kekerasan, mereka tetap mahu kekal dengan cara
hidup tradisi menjadi petani.Oleh itu,pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus
menjajah negara
ini. Dasar `Pecah dan Perintah’ membayangkan usaha yang
terancang bagi mewujudkansuatu keadaan yang menjadikan orang Melayu sebagai
penduduk Bumiputera akan tertekan daripada segi kehidupan ekonomi, politik dan
sosial.
KEWUJUDAN PERSATUAN PELBAGAI KAUM
Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi
memenuhi kehendak dan selera setiap kaum, terdapat juga pelbagai persatuan
kebajikan, sukan dan pertubuhan- pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan
oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktivit ikaum masing-masing. Walaupun
antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan
perhubungan dengan persatuan kaum – kaum yang lain, tetapi pertemuan ini
berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dan semangat
kekitaan kaum masing – masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus
untuk kepentingan satu – satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club,Chinese
dan Indian atau Ceylones Association di bandar-bandar. Pada tahun 1937,misalnya
orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat desakan
terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki
keadaan bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.Selain
persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan
sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi hubungan
bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan
ini boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman, kerana
tiap-tiap kaum cuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan kaum mereka
sahaja.
KEWUJUDAN AKHBAR PELBAGAI BAHASA
KEWUJUDAN AKHBAR PELBAGAI BAHASA
Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk
memupuk perpaduan masyarakat. Selain itu, akhbar juga merupakan alat yang dapat
meniupkan dan menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat perlbagai
kaum. Keadaan ini memang berlaku dalam masyarakat kita semasa penjajahan
British. Terdapat pelbagai akhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap
kaum. Ada akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris
dan Punjabi.Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada
kegiatan golongan kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih
mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil
pula membesar dan menonjolkan berita di India. Oleh itu kaum Cina dan India
yang tinggal di Malaya merasakan adanya jalinan hubungan yang rapat di antara
mereka dan saudara mara mereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu
pendidikan, kita dapati hanya pendidikan Inggeris merupakan aliran yang membolehkan
ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba ilmu di bawah bumbung yang sama. Kita
dapati juga hanya akhbar berbahasa Inggeris yang dibaca oleh semua kaum
diMalaya ketika itu. Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak
dapat memainkan peranan yang sebenarnya dalam menyatu padukan masyarakat,
kerana berita- berita yang dimuatkan tidak memberatkan ke arah perpaduan
kaum. Akhbar-akhbar Inggeris banyak memberikan tumpuan ke arah
perkembangan dan pemerintahan Inggeris
sahaja. Akhbar -akhbar pelbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi
jurang pemisahan antara kaum di Malaya. Setiap kaum menonjolkan berita, budaya
dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di
negara asal mereka. Ini menguatkan lagi
semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja.Perkembangan dan
semangat yang sempit ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa,
budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.
PENUTUP
PENUTUP
Masalah 13 Mei 1969 merupakan satu aspek yang memberikan kesan negatif terhadap negara kita
tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi
kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah
itulah kita kini dapat hidup dan membentuk sebuah negara Malaysia yang aman
damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya
berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai.Jika
dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan
oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai
kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah
Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah
untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan
tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara
akan terus terpelihara dan terjamin.Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak
ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut
berlaku, semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk
perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.Apa yang perlu
dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional
tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain
ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang
sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.Selepas 13 Mei 1969 juga jelas
menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi
pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasil daripada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti:
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
KebudayaanKebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan.